Tuesday 10 October 2017

bagaimanakah si buta ini menulis?

Assalamualaikum, sejahtera ke atas kamu. Seperti yang saya telah tuliskan dalam kiriman yang sebelumnya, hari ini saya nak kongsikan dengan anda semua berkenaan cara saya menulis. sebelum itu, anda kena tahu yang sistem yang saya, dan golongan macam saya gunakan, untuk membaca dan menulis dinamakan "braille". mengikut sejarah, "braille" ini direka oleh seorang yang awalnya nampak, namun hilang penglihatannya kerana cedera bermain di bengkel ayahnya. benda ini berlaku dalam tahun seribu lapan ratus (1800), dalam sekitar tulah. Ni kan bab sejarah, jadi kalau fakta saya tersilap, sila tegur ya! namun, ada sumber yang mengatakan yang sistem braille ini, telah lama ada, dan ia dicipta oleh orang Islam, namun disebabkan masanya yang dah terlalu lama, jadi sejarahnya tidak dapat dicari. Braille ini asalnya ada enam titik, dari enam titik inilah terbentuknya huruf, (rumi, jawi dan huruf-huruf lain), nombor, tanda baca dan lain-lain lagi, dengan cara menggabungkan titik-titik ini. Ini contoh, tapi saya tak pasti anda boleh nampak tak titik braille yang keluar.

huruf: a
  titik braille: 1
  bentuk braille: ⠁

huruf: b
  titik braille: 1 dan 2
  bentuk braille: ⠃

huruf: c
  titik braille: 1 dan 4
  bentuk braille: ⠉

huruf:d
  titik braille: 1, 4 dan 5
  bentuk braille: ⠙

huruf:e
  titik braille: 1 dan 5
  bentuk braille:⠑

huruf:f
  titik braille: , 2 dan 4
  bentuk braille: ⠋

huruf:G
  titik braille: 1, 2, 4 dan 5
  bentuk braille:⠛

huruf:h
  titik braille: 1, 2 dan 5
  bentuk braille:⠓

huruf:i
  titik braille:2 dan 4
  bentuk braille:⠊

huruf:j
  titik braille:2, 4 dan 5
  bentuk braille:⠚


ok, cukup sampai j dulu buat masa ni. Jadi dengan menggunakan jari, saya boleh membaca buku cerita, buku , ilmiah dan bahan-bahan bacaan, dengan syarat bahan itu ditukarkan ke dalam bentuk braille. "habis cara ni ke awak guna komputer untuk tulis blog?" Insha Allah akan dijawab pada kiriman yang seterusnya. Jaga diri, jumpa lagi!


wah, akhirnya saya kembali

Assalamualaikum, sejahtera ke atas kamu. Alhamdulillah, dah lama sangat saya tak mengemaskini blog ini, haha, ini ialah kiriman kedua saya selepas pengenalan tau! Sebenarnya saya dah lupa yang blog ini wujud, tiba-tiba rasa nak menulis, lepas tu bukak blogger.com kemudian sign in guna email saya, rupa-rupanya saya pernah buat blog tapi tak update! Tak apa, insha Allah saya akan cuba mengemaskini blog ini dengan kisah-kisah yang saya ingin kongsikan kepada pembaca blog ini berkenaan diri saya. Mesti ada yang tertanya-tanyakan, "awak ni tak nampak, macam mana tulis blog? orang lain yang tuliskan untuk awak ke?" Soalan yang bagus, dan saya akan jawab soalan itu di kiriman yang seterusnya.

Sunday 10 January 2016

salam muhibah dan salam perkenalan

assalamualaikum semua,
saya baru mula berminat tentang penulisan blog ini setelah membaca ramai blogger yang telah Berjaya di internet ni. Dalam blog ni bukanlah ada apa-apa cuma nak kongsi pengalaman hidup ini yang diharap dapat membantu orang ramai memahami tentang masyarakat yang berkelainan upaya dan seterusnya membela nasib golongan seperti kami.